Forum Akademi Maqari Syifa' Qurani ( AMSYIQ© )
Sila isi ID & Password anda di bawah ini. Perhatian : ID & Password anda adalah hakmilik persendirian

Seratus Nasihat Untuk Mendapat Kebahagiaan Dunia Dan Akhirat

View previous topic View next topic Go down

Seratus Nasihat Untuk Mendapat Kebahagiaan Dunia Dan Akhirat

Post by Admin on Wed Feb 24, 2010 9:20 pm

1- Jawablah azan sepertimana yang terdapat pada sunnah s.a.w,
jangan bercakap atau menyibukkan diri dengan pekerjaan lain ketika azan.
2- Berselawatlah ke atas nabi dan berdoa sesudah azan.
3- Jangan keluar dari masjid selepas azan melainkan kerana keuzuran yang darurat.
4- Tekunilah kamu azan sekiranya kamu tidak solat di masjid.
5- Tunaikanlah semua solat fardhu.
6- Berdoalah meminta kepada Allah hajat kita di dunia dan akhirat,
waktu yang diperkenankan doa di antara azan dan iqamah.
7- Bantulah manusia mendirikan masjid di tempat yang tiada masjid dengan
menghulurkan bantuan dalam bentuk harta dan diri
8- Muliakanlah masjid, masuk dengan kaki kanan, peliharalah ia dari kekotoran, peliharalah adab-adab,
jangan bercakap perkara yang sia-sia, jangan melompat, jangan ketawa dan jangan bertengkar serta
keluarlah dengan melangkah kaki kiri.
9- Jangan meludah dalam masjid, dan jangan juga berludah ke arah kiblat.
10- Peliharalah solat di awal waktu dengan berjamaah di masjid, terutama isyak dan subuh.
11- Janganlah melewatkan solat dari waktunya.
12- Jangan bercakap hal-hal keduniaan di waktu selepas fajar hingga terbit matahari.
13- Duduklah di tempat solat selepas dua solat subuh dan asar
14- Beriktikaflah di waktu kamu lapang, dan sibukkanlah dirimu dengan ketaatan kepada Allah.
15- Jangan makan makanan yang mempunyai bau yang busuk seperti bawang putih dan bawang merah,
dan jangan kamu menghisap rokok supaya kamu tidak mengganggu orang yang berdamping denganmu.
16- Perintahlah isteri, anak-anak dan jiran kamu supaya memelihara solat,
kerana sesungguhnya solat ialah rukun agama Islam yang paling utama.
17- Perintahlah isteri-isteri kamu solat di rumah mereka.
18- Perintahlah anak-anak kamu solat ketika berumur tujuh tahun, pukullah mereka sekiranya mereka
meninggalkan solat ketika mereka berusia sepuluh tahun. Dan janganlah kamu mengambil ringan,
akan menyebabkan kamu berdosa.
19- Terangkan kepada keluarga kamu dan orang lain kelebihan mendirikan solat dan akibat meninggalkan solat..
20- Peliharalah solat-solat sunat dan rawatib, qobliah dan ba’diah, samada muakkad (dituntut) atau ghoiru muakkad
(tidak dituntut).
21- Peliharalah sebahagian solat-solat sunat di rumah.
22- Peliharalah solat sunat dhuha, sekurang-kurangnya dua rakaat dan paling banyak lapan rakaat.
23- Peliharalah solat sunat dua rakaat selepas maghrib.
24- Bersedialah untuk bangun malam (qiamullail) dengan zuhud terhadap dunia, tidak makan sehingga kenyang,
dan tidur seketika di waktu siang (qoilulah).
25- Peliharalah zikir-zikir dan doa sebelum tidur dan doa sesudah bangun dari tidur.
26- Peliharalah Tahajjud dan bangunkanlah ahli keluargamu untuk mendirikannnya.
27- Tidurlah dalam keadaan bersuci, berzikir dan berniat untuk bangn malam (qiamullail).
28- Dirikanlah qiamullail dengn penuh khusyuk dan merendah diri kepada Allah s.w.t.
29- Perbanyakkan istighfar (memohon keampunan kepada Allah) di waktu-waktu sahur.
30- Lakukan solat istikharah meminta petunjukNya dalam setiap perkara penting dan berdoalah dengan doa-doanya.
31- Peliharalah solat berjamaah.
32- Peliharalah menyama dan merapatkan saf ketika solat berjamaah.
33- Bersegera mendapatkan saf pertama tanpa mengganggu seseorang.
34- Bersiwak setiap kali mengambil wudhuk kerana ia adalah sunnah.
35- Peliharalah doa iftitah, berkata “amin” di belakang imam dan membaca zikir-zikir sujud dan rukuk ketika solat.
36- Peliharalah Tomakninah ketika rukuk,sujud,iktidal dan duduk antara dua sujud.
37- Awas daripada melintas dihadapan orang yang sedang solat.
38- Letakkan penghadang dihadapan kamu jika solat di tempat laluan orang dihadapanmu.
39- Besegeralah pergi solat Jumaat dan janganlah melewatkan hingga selepas azan.
40- Tekunilah mandi pada hari Jumaat.
41- Potonglah kuku kamu setiap seminggu dan jagalah kebersihan kerana sesungguhnya islam menggalakkan kebersihan
dan kecantikan.
42- Berwangi-wangian untuk mendirikan Jumaat dan pakailah pakaian yang terbaik.
43- Awas daipada melangkahi orang, kerana yang demikian adalah ditegah.
44- Jangan bercakap-cakap ketika khutbah sedang dibaca, kerana yang demikian adalah ditegah dan menghalang
daripada pahala Jumaat
45- Tekunilah membaca wirid harian dari Al-Quran
46- Perbanyakkan selawat dan salam ke atas nabi s.a.w pada malam dan hari Jumaat
47- Sentiasalah banyak berzikir mengingati Allah secara terang atau sembunyi (hati), dan jauhilah kelalaian, dan jauhilah
dari kejahilan.
48- Hadirilah majlis-majlis ilmu kerana ia adalah taman dari taman-taman syurga.
49- Elakkan menghadiri majlis yang jauh dari mengingati Allah dan rasul.
50- Apabila kamu bankit dari majlis, maka bacalah tasbih kafarah:
(Maha suci Engkau, Wahai Tuhan kami dan segala kepujian kepadaMu, Aku menyaksikan tiada Tuhan melainkan Engkau.
Aku memohon keampunan kepadaMu dan aku bertaubat kepadaMu)
51- Peliharalah zikir-zikir selepas setiap solat.
52- Berdoalah kepada Allah Taala dalam sujudMu, dan mengiringi Tasyahhud dan dalam kegelapan penghujung malam.
53- Ingatlah Allah ditempat-tempat biasa lalai dari mengingatiNya seperti pasar dan selainnya.
54- Bersangka baiklah dengan Allah dan jangan melengahkan memohon doa kepada Allah.
55- Mohonlah Allah keampunan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.
56- Mohonlah kepada Allah dengan hati yang hadhir dan khusyuk dan jangan berdoa dengan hati yang lalai.
57- Janganlah berdoa yang buruk ke atas diri sendiri, keluarga dan pasangan kamu.
58- Amalkan membaca makthurat, kerana itu adalah yang sebaiknya.
59- Jangan memohon daripada orang yang telah mati, atau penghuni kubur selain dari Allah, kerana ia termasuk
menyekutukan Allah.
60- Mulakanlah doa dengan memuji Allah dan berselawat ke atas nabi s.a.w dan tutuplah doa dengannya..
61- Doakanlah saudaramu walaupun tanpa tahunya dan mintalah ia mendoakanmu dan jangan mendoakan yang buruk
ke atas orang Islam.
62- Perbanyakkan istighfar di waktu malam, terutama ketika waktu sahur.
63- Perbanyakkan selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah s.a.w pada setiap detik.
64- Peliharalah janggut kamu dan jangan kamu mendengar percakapan orang yang bodoh yang tidak memelihara janggut.
65- Jangan mengganggu dan menyakiti saudara seagamamu.
66- Hendaklah kamu mendamaikan antara sesama manusia.
67- Sekiranya seseorang melakukan kesilapan kepadamu lalu ia meminta maaf, maafkanlah ia, bahkan sebaiknya kamu
memaafkannya sebelum ia meminta maaf.
68- Jangan menggelar seseorang dengan gelaran yang buruk.
69- Jangan memanggil dengan panggilan buruk tersebut, bahkan panggillah dia dengan nama yang paling ia sukai..
70- Jauhilah kamu dari bawa mulut (batu api) iaitu:menyebarkan cerita antara manusia dalam bentuk melakukan kerusakan..
71- Jauhilah mengumpat iaitu: engkau menyebut saudaramu dengan perkara yang ia benci.
72- Jangan menuduh sesorang.
73- Jangan kamu mendengar sesuatu yang tidak sepatutnya diucapkan.
74- Berbaik sangkalah dengan manusia.
75- Berkatalah dengan perkataan atau perkara yang baik. Jika tidak, berdiamlah kamu.
76- Jadilah hati yang baik dan janganlah engkau hasad dan dengki.
77- Jadilah manusia yang merendah diri (tawadhuk), janganlah kamu takabur dan berbangga diri kepada orang lain.
78- Janganlah kamu berasa ta’ajub atau megah dengan dirimu dan pekerjaanmu.
79- Janganlah kamu memuji diri sendiri dan jangan engkau mendakwa memiliki sesuatu yang tidak ada padamu. .
80- Jangan kamu panggil orang yang fasik, pembohong dan kafir dengan panggilan: “Tuanku”.
81- Jadilah engkau seorang yang benar dan jangan kamu berdusta, kerana sesungguhnya berdusta itu termasuk dari
dosa-dosa besar.
82- Janganlah kamu bermuka-muka.
83- Jangan kamu bersumpah dengan selain Allah dan janganlah banyak bersumpah sekalipun kamu benar.
84- Janganlah kamu memandang hina selain kamu.Sesungguhnya tiada kelebihan seseorang atas yang lain melainkan
ketaqwaan. Dan perkara tersebut dinilai dengan kesudahan ajalnya.
85- Buanglah duri dari jalan.
86- Janganlah kamu duduk di jalanan dan jangan berlama-lama di kedai kopi dan jangan kamu masuk panggung wayang.
87- Tunaikan janjimu dan jangan kamu mungkiri janji.
88- Jangan kamu mendatangi , bomoh, ahli silap mata dan tukang tilik dan janganlah kamu mempercayai mereka.
89- Jangan kamu mengukir berhala atau patung-patung manusia dan haiwan. Sesungguhnya seteruk-teruk golongan manusia yang mendapat azab di akhirat kelak ialah pengukir.
90- Jangan kamu simpan di dalam rumah kamu gambar yang mempunyai nyawa kerana malaikat tidak akan masuk ke dalam
rumah yang terdapatnya.
91- Jangan bermain dengan seruling dan alat-alat hiburan yang menyerupainya.
92- Jangan kamu menyanyi dengan syair-syair ahli fasikdan lucah serta jangan mendengarnya.
93- Jangan kamu mendengar alat-alat muzik dan jangan menyimpan alat-alat tersebut.
94- Jadilah kamu orang yang zuhud di dunia dan mencintai akhirat.
95- Bersegeralah bertaubat dari segala dosa, dan turutilah kejahatan dengan kebaikan, nescaya kebaikan itu menghapuskan kejahatan.
96- Istiqomah dalam melakukan amal soleh. Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ialah yang istiqomah dalam
melakukannya sekalipun sedikit.
97- Redholah dengan apa yang dikurniakan Allah dan jangan mengeluh.
98- Elokkanlah makanan kamu kerana makanan yang baik menjadi penyebab termakbulnya doa.
99- Jadilah orang yang sabar ketika ditimpa musibah dan jadilah orang yang bersyukur ketika mendapat nikmat dariNya
100- Janganlah kamu menyimpan loceng dan janganlah kamu memelihara anjing melainkan untuk berburu atau mengawal.

Salam Hormat,
Hj Othman b Hamzah

Admin
Admin

Posts : 17
Join date : 21/02/2010
Age : 33

View user profile http://amsyiq.forumms.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum